Saturday, July 2, 2011

Gatal Kaki.

assalamualaikum :)

jalan jalan adalah perkara yang akan adamoyu lakukan kalau bosan di hujung minggu kat U ni*macam ayat spm lah pulak =='. okeh, nak dijadikan cerita, tadi adamoyu pergi kampus barat unimas. mula mula plan nak main boling. sebab kat U kitaorang ni ade boling. tak yah nak keluar bandar untuk main boling.

dah sampi je sana tetibe boling ade masalah apa tah. terus tak leyh main*perasaan sakit hati menguasai diri ! kene tunggu 2 jam pulak untuk bas balik ke timur*damn! 

last last kiteorang decide nak explore kampus barat tu. tapi takde lah satu kampus, mati lah. besar gedabak unimas ni. sempat explore kat area bangunan utama je. sempat lah tangkap tangkap gambar. korang tengok lah sendiri ye :)


 ini lah rupa bahagian bangunan utama


tu bangunan CAIS ( Centre Of Academic And Information Services ) atau library.


dewan utama tapi masih dalam pembinaan


tu jambatan pulau pinang. tak dapat tangkap dekat sebab jauh sangat nak jalan.


ni lah rupa bangunan utama. sori, tu kawan adamoyu yang tengah excited :P

bangunan ape tah ni, tapi kat sini lah ade tempat main boling.

sempat lagi melawat fakulti seni. sekali lagi ignored my friend tu =='


 dalam cais. dah macam shopping complex adamoyu tengok

pon cais jugak. cuma dari sudut lain.

kampus ni semua untuk budak budak degree dan ke atas. korang kene tengok betapa beza nya kampus timur ngan kampus barat. tapi adamoyu tak nak tunjuk kampus timur punya gambar. nak tahu datang sini melawat adamoyu dulu. haha

p/s : lambat lagi nak blk =='


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, July 1, 2011

Tujuan Berblog


assalamualaikum :)

adamoyu pasti mesti semua orang ada tujuan untuk berblogging kan ? ade yang saja saja, ada yang nak duit, ada yang nak famous dan macam macam lah. tapi adamoyu ada sebab sendiri kenapa adamoyu suka berblogging. 

1. belajar tentang pengetahuan ICT
.melalui blog ni,adamoyu boleh belajar macam macam tentang pengetahuan ICT termasuk lah pasal pengetahuan website. adamoyu boleh belajar macam mana nak edit gambar, macam mana nak buat header, macam mana nak edit blog, macam mana nak download dan sebagainya.

2. mengasah fikiran
.dengar macam pelik je kan ? sebenarnya blog ni memang melibatkan otak. percaya tak ? haha. betul. kalau kita nak update blog, kita mesti kene fikir dulu kan. bukan nya terus tulis, tengok tengok dah siap. memang tipu lah kan. kita kena fikir topik apa nak dikongsi, penggunaan ayat, bahasa dan sebagainya. tu semua depends kepada idea kita pada hari tu lah kan. kalau takda idea, kene jugak perah otak supaya ada idea. macam adamoyu buat*tapi hasilnya tah pape je =='. haha

3. tambah kenalan
.memang tak dinafikan, sejak adamoyu aktif berblogging ni memang ramai adamoyu kenal. tapi kenal dalam alam maya je lah. tak pernah jumpa depan depan. haha. blogging ni sebenarnya membantu kita menambah kenalan. memang best lah dapat kenal ngan ramai orang walaupun tak pernah jumpa. chatting pon okay lah. haha.

4. berkongsi pengalaman dan pendapat
.apa yang adamoyu rasa nak dikongsi, adamoyu akan share kat blog ni. pastu korang bagi respon. memang best lah dapat bertukar tukar pandangan dengan korang. macam macam maklumat adamoyu tahu melalui blog termasuk lah isu semasa.

haa, tu lah. macam mana ? sama tak dengan pendapat korang ? haha. ada lagi sebenarnya. cuma tak pandai nak gambarkan dengan kata kata*walaupun menaip sebenarnya. kalau korang ada pendapat lain, share lah dengan adamoyu :)

p/s : macam pelik je entri adamoyu ari ni kan ? =='



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed