Tuesday, May 10, 2011

Suatu Kisah : Cara Nak Berdakwah Dengan Berkesan !

lalalallala~ tetibe menyanyi. apalah adamoyu ni. haha. hye semua :) maaf maaf maaf dan seribu kali maaf buat kalian kerana adamoyu dah lama sangat sangat sangat tak update blog ni. berapa hari ek ? cuba kira. 1 2 3 4 5 6 7 8 ! ha 8 hari dah. betul tak ?

bukan apa. sekarang ni adamoyu sedang busy pasal kemasukan U ni. tengah komfius lagi nak pergi mana. matrik atau unimas. takpa lah. yang kita cakap lain kali. hari ni adamoyu nak share dengan korang suatu kisah ni. tentang orang islam bertanyakan tentang kaabah. selamat mengahayati keindahan islam :)

Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?"
...
"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak.."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"   [ read more ]

"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah.. selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

"Erk.. kau betul.."




benda ni copy paste daripada kawan adamoyu kat facebook sahaja. adamoyu hanya berkongsi :)

p/s : orang yang menjawab tu memang terbaek ! jawapan yang sangat logik !




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, May 3, 2011

Hidup Hidup Kena Tipu ! Penunggu Istana Menipu !

hai :) hari ni adamoyu nak lepas kan geram sebab adamoyu kene tipu hidup hidup*bengang bengang ! haha. sebelum ni kan adamoyu ada buat satu entri pasal Penunggu Istana. cerita tu memang teramat sangat seram. tapi hari ni [ 3mei ] adamoyu dapat tahu bahawa cerita tu TIPU !

arghhhh !! kuang hajaq betui ! bengang rasa. bukan apa. punya lah semangat adamoyu cuak ! 2 3 hari fikir ke cerita tu. rupa rupa nya dusta belaka. ades ~

ape ? nak bukti cerita tu tipu ? okay. moh tengok sama sama.





okay. benda ni memang tak membuktikan yang cerita ni tipu. cuba tengok yang ni pulak. [ read more ]



dah baca ? haha. percaya tak ? tak percaya lagi ? okay ada lagi.


ni adalah facebook perempuan yang mati dalam cerita tu. dalam cerita tu pakai tudung. tapi dalam facebook tak pakai tudung. nampak sangat berlakon. tak cukup lagi. siap tunjuk agi gambar dia masa ' mati '. dengan ' darah darah '.


memang tak leyh blah. ok ni pulak facebook lelaki yang membunuh dan dibunuh !

Si Pembunuh merangkap orang yang kononnya hilang.

Si mangsa pembunuhan


ha sekarang percaya tak ? kalau tak percaya lagi tak tahu lah. bukti dah terang terang adamoyu tunjuk. tapi apa yang adamoyu nak bagi tahu kat sini, tak patut lah diorang menipu macam ni kalau nak bagi nampak real sekali pon. sampai buat ucapan takziah lagi masa ending. 

nak mati sangat ke sampai sanggup tengok diri sendiri menerima ucapan takziah sedangkan tuan empunya badan masih hidup ? *faham tak ? buat buat faham dah la. adamoyu punya lah cuak  tengok cerita tu hari tu. tup tup kene tipu. siapa tak marah macam ni. 

kepada yang dah tengok, mesti faham entri adamoyu ni. bagi yang belum tengok, kalo nak faham entri adamoyu ni, sila tengok. tapi jangan jadi macam adamoyu. bodo bodo kene tipu. bengang je rasa. adamoyu rasa sedikit terkilan lah sebab orang sanggup menipu untuk mendapat tempat di mata masyarakat.

p/s : semangat adamoyu screen shot gambar nak bagi korang percaya. maka dengan itu, sila percaya dengan ikhlas :D


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed