Sunday, September 11, 2011

Orang lelaki yang ada blog jiwang, emotional ? erk ! tak okay !

pakcik A : eh kau ade blog ae ?

aku : a'ah. ade, kenapa ?

makcik sesat A : ade ? orang laki ade blog emotional kot !

aku : mane de weyh.

makcik sesat A : ye lah. kau tu pon emo jugak !

aku : erk !


*pakcik ngan makcik tu aku reka je. kawan aku sebenar nya.


lebih kurang macam ni lah perbualan aku ngan kawan kawan aku. ade je sambungan dia, tapi malas nak tulis banyak banyak *padahal lupa. 

kejadah budak laki yang ade blog emotional ? tidak okay ! meh aku nak korek hidung korang sampai berdarah ! suka suka je cakap aku emotional. sebetulnya aku memang tak setuju dengan apa yang kawan aku cakap. ulang suara, TAK SETUJU okay ! haha. ade ke patut. ramai je blogger lelaki yang tak emotional.

biasanya, pandangan bukan blogger terhadap blogger memang macam tuh. tak kira lah laki ke pompuan ke.

@orang yang ade blog ni geli kot. konon ade diary lah. nyampah mak !

@orang yang ade blog ni emotional kot. 

@orang yang ade blog jiwang la. tah pape nak ade blog. nak nak laki. ewwwww ! *ala ala video anwar hadi 

@orang yang ade blog ni bla bla bla..... wtf !


memang biasa lah aku dengar orang cakap benda benda ni terhadap blogger. even sebelum aku jadi blogger pon aku rasa macam tuh *pecah rahsia ==' ape korang tahu pasal kiteorang ( blogger ) ? tak tahu senyap je. jangan duk sebok sebok cakap kiteorg jiwang ke hape ke. takde faedah.

diorang tak tahu banyak kelebihan berblog ni. ala, biasa lah, kite kite ( blogger ) je yang tahu. dapat kawan baru, dapat $$ haha ! dapat ilmu, dapat macam macam lah ! dorang tak selami dunia blogger ni. kalau jadi blogger tahu lah macam mana. 

ade je blogger laki yang badan ketui ketui bagai. badan batu bata orang kata. siap jadi blogger berjaya lagi. tak jiwang pon. takde pon nak buat entri " oh kekasih ku, kau lah hidup aku, kau lah jantung hati ku ==' " *ewwwwww ! geli mak ! entri sume best best. isu semasa ke, siap buat entri pasal kesihatan lagi. bagus gitu. bukan blogger hado ?




okay je aku rasa blogger ni, takde pon jiwang jiwang bagai. setiap hari aku melawat blog dia.



bro ni pon okay je aku rasa. sme je mcam darkbatman tuh. takde pon nak jiwang jiwang.


Anwar Hadi ni pon okay je. siap menang anugerah lagi *tahniah ye.


lantak lah dorang nak cakap ape pon. tak heran okay ! haha ! ape dorang tahu ? kutuk blogger je tahu. nyampah ! muahahaha ! 


* sori ye ben ashaari, darkbatman ngan anwar hadi. Tercurik header header anda semua. haha ! nak menegakkan kebenaran ni. haha ! ampun ampun !


p/s : berfikiran positif lah wahai bukan blogger terhadap blogger *ayat keling. HAHA !

p/s tambahan : jangan lepas ni korang duk kutuk kutuk aku pulak pasal entri ni. muahahaha !


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, September 10, 2011

Ye, memang aku dengki dengan orang orang yang muka hensem lagi jambu. so what ? haha !



tetibe rasa nak buat entri sengal ni. baca tajuk pon dah tahu kesengalan aku berada di tahap mana. lantak lah. nak jugak buat entri pasal ni. muahaha !

ye, saya Adamoyu Archuleta Tsui ( nama facebook ) mengaku dan tidak menipu bahawa saya memang dengki dengan orang orang yang hensem bukan ohsem lagi muka jambu jambu bukan jambu batu yang memiliki kulit halus tulus mulus lagi suci murni tanpa dicemari sebarang jerawat mahupun bekas jerawat durjana. kalau diberi peluang, memang saya nak tampar tampar muka mereka dan disusuli dengan aktiviti toreh menoreh muka mereka untuk meninggalkan kesan parut yang sangat teruk seperti muka saya ! muahaha ! kejam gila aku. lantak laahhhhh. 

even dekat U aku ni pon, ramai je yang muka muka suci je. ala ala budak sekolah rendah. alalala bucuk bucuk comey comey adik ni. meh sini sikit abang nak pijak pijak sikit muka korg yang suci tuh *dalam hati jelah. tak brani nak ckp depan2 pasal tak kenal. sesungguhnya aku tak memiliki muka seperti mereka sebab tu lah aku dengki bagai nak rak ni.

muka aku ni penuh bebeno dengan jerawat mahupun parut jerawat yang direjam *hamboi, dah sme taraf dengan setan pulak ==' dah tak tahu nak hilangkan macam mane.aiyoooo ! apa mau bikin maaaaa.



kenal tak pakcik ni ? eh, si abang kacak yang muka suci murni ni ? tak kenal sudah !


carik sendiri nama dia okay ! tapi aku rasa pompuan tahu lah kot sape ni.



dalam hati orang yang tengah baca ni : nak jugak letak gambar david archuleta ni. semak je. menci mak !
aku jawab : hei suka hati aku lah nak letak gambar dia pon. blog aku bukan blog kau. pergi main jauh jauh. shuh3 !


cukup lah tunjuk gambar. penat aku mengopy paste kat Hencik Google. ni la contoh contoh manusia yang memiliki kulit halus gebu lagi takde jerawat. perasaan sakit hati semakin membuak buak  ! haha ! 

kepada semua lelaki yang memiliki ciri ciri di atas, berhati hati ye. jangan sampai aku jumpa korang, kang tak pasal pasal aku toreh muka korang. muahaha ! 

jangan pulak lepas ni korang cakap aku tak bersyukur dengan nikmat tuhan pulak. aku bersyukur okay dengan muka aku ni. cuma saje je nak buat post kontroversi. muahaha !

p/s : sapew sapew yang adew papew nak kongsiww dgn titew macam manew nak bagiww mukew titew suciw macam merekew, boleh lah bagiw tahuw titew yew. mekasih tauuu ! *sori TERgedik 


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, August 12, 2011

Dunia Sekarang Sedang Di Serang Oleh Burung Yang Tengah Marah ! Tidak !

assalamualaikum :)

haisyhh. sekarang ni dunia dah nak akhir zaman dah ye. sehinggakan semalam adamoyu ade ternampak satu fenomena yang sangat luar biasa. memang betul betul diluar jangkaan. adamoyu sangat sangat terkejut. sungguh tak sangka dapat jumpa benda macam ni. 


mengucap panjang bila adamoyu tengok ni 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|


tadaaaaaaaa. ni lah fenomena tuh. terkejut tak ? muahaha ! dah dalam kedai tu semuanya nak angry bird. nak termuntah adamoyu. adoy, memang dah betul betul demam angry. ingat kan adamoyu nak beli semua ni. satu set alat tulis angry bird. muahahaha ! tapi malas lah. buang duit je. tak gitu ?

last last mampu tangkap gambar je. tengok lah dunia sekarang, semua nya nak angry bird. pelik bin ajaib betul. naseb lah adamoyu tak fanatik sangat dengan menatang game ni. fuhhh ! 

kepada sesiapa yang addicted gila dengan menatang ni. boleh lah beli ye semua benda ni di kedai berdekatan. haha. murah je. beli beli jangan tak beli *dah macam promoter lah pulak =='


p/s : sapa kate menatang ni tak penting ? angry bird sekarang dah masuk dalam exam okay. dalam physics pon belajar pasal ni. tajuk projectile motion. believe it or not ? believe it. muahahaha !




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, July 24, 2011

Produksi Spm Sekolah Seni Kuching !

assalamualaikum :)

adamoyu tadi pegi tengok budak budak form 5 sekolah seni kuching buat produksi untuk spm kat dewan unimas. rasa nya macam kerja khusus kot. tapi yang dorang ni lagi best daripada kerja kursus kita. diorang buat teater gabungan orchestra, nyanyi, tarian and lukisan.

mula mula tunggu je depan dewan tuh. sebab takut tak leyh masuk kan. haha. mana lah tahu kene ade kad jemputan ke, dress code ke. adamoyu pakai selipar jepun je tadi. haha. last last nampak ade jugak student unimas masuk. so, buat muka tak tahu je lah masuk. nasib baik tak kene halau. haha.

masuk masuk je teruja gila tengok ramai orang. parents dorang semua datang. memang agak meriah lah. penuh tempat duduk. ingat kan takde seat tadi, tetibe ade orang jemput duduk. fuhhh ! lega.



ni orchestra dorang. beshhh !!







ni antara hasil karya diorang. cantik kan ? dah macam pelukis profesional dah. memang respect gila lah. dorang bukan buat teater je. ade jugak pameran lukisan untuk budak budak yang amik bahagian lukisan. memang terbaek lah lukisan dorang *dengki dengki ==' 

teater dorang berlangsung dalam 2 jam jugak lah. lepas habis je, adamoyu terus pergi tangkap gambar dengan  pelakon pelakon. comel je semua. haha.


ni salah seorang daripada penyanyi kalau tak silap. tapi retis retis dorang sume sore best best. superbb !


minah minah gedik dalam teater tuh. tapi baik dan kelakar ! haha



bersama ketam merangkap. form 5 jugak tau ! tahniah ye dik.



bersama perempuan paling jahat ! gelak dia takleyh blah. haha.

overall persembahan dorang memang gempak lah. sebab campur semua unsur. alat muzik, tarian, nyanyian sume tuh. nak tangkap gambar dorang masa buat persembahan. tapi jauh sangat. tak clear. sedih sangat. kalau tak boleh tunjuk kat korang.

apa apa pon adamoyu nak ucapkan good luck lah kat korang. semoga dapat keputusan yang cemerlang daripada persembahan yang korang buat hari ni. tahniah !

p/s : alangkah best nya kalau adamoyu ade kat tempat dorang.


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, July 21, 2011

Rindu Zaman Tora, Dind Dang, Bayblade.


assalamualaikum semua :)

dah lame bebeno adamoyu tak update blog ni. rindddduuuuu yang amat kat blog ku sayang ni. haha. bukan ape, adamoyu tak de mase, tambah tambah lagi idea tak reti reti nak keluar daripada kepala hotak adamoyu ni =='

tau tak, tetibe tadi adamoyu teringat zaman kecik kecik adamoyu dulu. macam macam benda adamoyu buat. rindu laaa. banyak je benda yang adamoyu buat, yang korang buat jugak rasanya.

  • bangun pagi2 bersiap nak pergi sekolah, mak yang tolong siap kan. pakai kan baju hape semua tuh *rindu mama =='
  • pegi sekolah naik basikal, best je. tak risau pon pasal kes culik ni. dulu tak banyak kes culik macam sekarang.
  • kat sekolah jadi pengawas duk sebok2 nak tulis nama budak buat salah dalam buku kesalahan ( padahal salah kecik je pon ).
  • balik sekolah je terus melencong ke kedai. nak beli ding dang je pon. takpon tora ( nak mainan je ) , coklat rabbit ( yang boleh makan dengan plastik skali tuh ), chewing gum yang bulat bulat warna warni tuh, aiskrim batang lah. macam macam.

  • dulu dulu selalu beli getah banyak banyak nak main benda alah ziq zaq tuh. alah yang lompat lompat getah tuh.
  • kadang kadang main guli tepi rumah.
  • suka tengok cerita kartun doraemon, keluangman, sailormoon, power rangers, ninja turtle sume tuh. banyak lagi tapi dah lupa dah.
  • main nyorok nyorok ngan jiran petang petang.
  • main lego.

  • kereta lumba tamiya, gasing beyblade ( eja pon dah lupa ), digimon, gasing sume tuh.
  • cerita pokemon tengah top dulu. pastu tetibe tersebar pasal pokemon tu yahudi. terus tak tengok dah.
  • dulu ade bantal busuk. pastu kene buang dengan mak sebab mak kate dah besar tak boleh ade bantal busuk. sedih sangat mase tuh :'D
  • dulu main game pakai tape yang besar gedabak tuh. tak de lah macam sekarang ni. pakai cd ape sume.
  • PS1 menjadi idaman sume budak budak dulu. sapa yang ade kira hebat lah. serbu rumah dorang main ps. haha
  • ade orang jual aiskrim paddle pop naik moto lalu depan rumah. menggedik kat mak nak beli. last last tak dapat jugak =='

  • sama ngan orang jual sate ikan yang enak tuh. tapi mak tak bagi jugak, katanya orang tu kecing tak basuh lah apalah. pastu tersebar pasal diorang guna daging kucing buat sate tuh. tah pape tah =='
  • bila mak beli kicap rebut rebut nak penutup kicap tuh nak buat main ceper. best sangat.
  • selalu kene rotan ngan abah sebab banyak buat hal ngan balik rumah lambat. *dah dekat maghrib baru nak balik. mane tak mengamuk bapak ak =='

haa, macam macam yang adamoyu buat masa kecik kecik dulu. banyak lagi sebenarnya. lupa. haha. tapi memang best lah masa kita kecik kecik dulu. tak sama ngan budak sekarang. zaman zaman kita dulu memang best. teringat pulak. rindu zaman budak budak dulu.

p/s : rasa macam nak ulang masa pulak.


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, July 2, 2011

Gatal Kaki.

assalamualaikum :)

jalan jalan adalah perkara yang akan adamoyu lakukan kalau bosan di hujung minggu kat U ni*macam ayat spm lah pulak =='. okeh, nak dijadikan cerita, tadi adamoyu pergi kampus barat unimas. mula mula plan nak main boling. sebab kat U kitaorang ni ade boling. tak yah nak keluar bandar untuk main boling.

dah sampi je sana tetibe boling ade masalah apa tah. terus tak leyh main*perasaan sakit hati menguasai diri ! kene tunggu 2 jam pulak untuk bas balik ke timur*damn! 

last last kiteorang decide nak explore kampus barat tu. tapi takde lah satu kampus, mati lah. besar gedabak unimas ni. sempat explore kat area bangunan utama je. sempat lah tangkap tangkap gambar. korang tengok lah sendiri ye :)


 ini lah rupa bahagian bangunan utama


tu bangunan CAIS ( Centre Of Academic And Information Services ) atau library.


dewan utama tapi masih dalam pembinaan


tu jambatan pulau pinang. tak dapat tangkap dekat sebab jauh sangat nak jalan.


ni lah rupa bangunan utama. sori, tu kawan adamoyu yang tengah excited :P

bangunan ape tah ni, tapi kat sini lah ade tempat main boling.

sempat lagi melawat fakulti seni. sekali lagi ignored my friend tu =='


 dalam cais. dah macam shopping complex adamoyu tengok

pon cais jugak. cuma dari sudut lain.

kampus ni semua untuk budak budak degree dan ke atas. korang kene tengok betapa beza nya kampus timur ngan kampus barat. tapi adamoyu tak nak tunjuk kampus timur punya gambar. nak tahu datang sini melawat adamoyu dulu. haha

p/s : lambat lagi nak blk =='


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, July 1, 2011

Tujuan Berblog


assalamualaikum :)

adamoyu pasti mesti semua orang ada tujuan untuk berblogging kan ? ade yang saja saja, ada yang nak duit, ada yang nak famous dan macam macam lah. tapi adamoyu ada sebab sendiri kenapa adamoyu suka berblogging. 

1. belajar tentang pengetahuan ICT
.melalui blog ni,adamoyu boleh belajar macam macam tentang pengetahuan ICT termasuk lah pasal pengetahuan website. adamoyu boleh belajar macam mana nak edit gambar, macam mana nak buat header, macam mana nak edit blog, macam mana nak download dan sebagainya.

2. mengasah fikiran
.dengar macam pelik je kan ? sebenarnya blog ni memang melibatkan otak. percaya tak ? haha. betul. kalau kita nak update blog, kita mesti kene fikir dulu kan. bukan nya terus tulis, tengok tengok dah siap. memang tipu lah kan. kita kena fikir topik apa nak dikongsi, penggunaan ayat, bahasa dan sebagainya. tu semua depends kepada idea kita pada hari tu lah kan. kalau takda idea, kene jugak perah otak supaya ada idea. macam adamoyu buat*tapi hasilnya tah pape je =='. haha

3. tambah kenalan
.memang tak dinafikan, sejak adamoyu aktif berblogging ni memang ramai adamoyu kenal. tapi kenal dalam alam maya je lah. tak pernah jumpa depan depan. haha. blogging ni sebenarnya membantu kita menambah kenalan. memang best lah dapat kenal ngan ramai orang walaupun tak pernah jumpa. chatting pon okay lah. haha.

4. berkongsi pengalaman dan pendapat
.apa yang adamoyu rasa nak dikongsi, adamoyu akan share kat blog ni. pastu korang bagi respon. memang best lah dapat bertukar tukar pandangan dengan korang. macam macam maklumat adamoyu tahu melalui blog termasuk lah isu semasa.

haa, tu lah. macam mana ? sama tak dengan pendapat korang ? haha. ada lagi sebenarnya. cuma tak pandai nak gambarkan dengan kata kata*walaupun menaip sebenarnya. kalau korang ada pendapat lain, share lah dengan adamoyu :)

p/s : macam pelik je entri adamoyu ari ni kan ? =='



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, June 21, 2011

Korang Ade ? haha :P

assalamualaikum :)

amaran : ini adalah entri riak yang ntah apa apa ! haha :D


post ni mmpu bertahan selama sebulan. malahan sampai sekarang pon ade. korang boleh buat ? haha :P

p/s : sebenarnya takde topik nak buat entri ari ni, tu pasal lah jadi macam ni. maaf lah kalau ade unsur unsur riak disini. haha :D
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, June 13, 2011

Sarawak Language #3

assalamualaikum :)

okeh hari ni adamoyu nak sambung pembelajaran kita seperti biasa*ada ala ala guru mengajar tak ?
  1. nang = memang
  2. aok = ya
  3. miak = budak
  4. kedak = macam
  5. gerek = couple
haha, buat lah ayat dengan words words yang adamoyu bagi ni. nak tengok apa yang jadi :D

p/s : masih cuba mendalami :)



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, June 11, 2011

Pengalaman :)

Unimas :)

ignore my face =='

after our dinner at the last orientation day :D

erk !

p/s : datang lah melawat adamoyu di sini :D


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, June 10, 2011

Sarawak Language #2

assalamualaikum :)

sebelum apa apa, adamoyu nak bagi tahu pembetulan yang terdapat kat post sblm ni. yang pasal lawa. sebenarnya lawa tu memang maksudnya sombong.

okeh, hari ade words baru. jangan terkejut :D


  1. ingga = menyakitkan hati
  2. nangga = melihat
  3. polah = buat
  4. pusak = kucing [ pusat kalau dalam bahasa terengganu ]
  5. bulak = tipu [ bulat kalau dalam bahasa terengganu ]
  6. kacak = cantik / hensem
ha, apa macam ? pelik tak ? jauh beza dengan bahasa kita kan ? haha. walaupun pelik, tapi adamoyu sangat tertarik. adamoyu nak belajar hingga fasih :)

p/s : jom lah belajar sama sama :)


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, June 8, 2011

Sarawak Language #1

assalamualaikum :) 

adamoyu sedang belajar bahasa sarawak*sila beri tepukan gemuruh ! so, adamoyu ingat nak share lah sikit sikit ngan korang mana yang adamoyu tahu. dan hari ni adamoyu dapat beberapa words ,

kamek ( dari dulu tahu kan ) = kami/saya
kitak ( dah tahu jugak ) = kamu/awak
lawa = bukan sombong ye. tapi lebih kepada benda positif*not really sure about that
belon = kapal terbang
sik = tidak/bukan


rasanya tu je kot. tak dapat nak fikir sebab mengantok. nanti adamoyu kumpul banyak banyak ye :)


p/s : lepas ni adamoyu dapat menambah lagi kemahiran berbahasa asing :D *teruja !


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, May 10, 2011

Suatu Kisah : Cara Nak Berdakwah Dengan Berkesan !

lalalallala~ tetibe menyanyi. apalah adamoyu ni. haha. hye semua :) maaf maaf maaf dan seribu kali maaf buat kalian kerana adamoyu dah lama sangat sangat sangat tak update blog ni. berapa hari ek ? cuba kira. 1 2 3 4 5 6 7 8 ! ha 8 hari dah. betul tak ?

bukan apa. sekarang ni adamoyu sedang busy pasal kemasukan U ni. tengah komfius lagi nak pergi mana. matrik atau unimas. takpa lah. yang kita cakap lain kali. hari ni adamoyu nak share dengan korang suatu kisah ni. tentang orang islam bertanyakan tentang kaabah. selamat mengahayati keindahan islam :)

Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?"
...
"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak.."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"   [ read more ]

"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah.. selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

"Erk.. kau betul.."




benda ni copy paste daripada kawan adamoyu kat facebook sahaja. adamoyu hanya berkongsi :)

p/s : orang yang menjawab tu memang terbaek ! jawapan yang sangat logik !




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, May 3, 2011

Hidup Hidup Kena Tipu ! Penunggu Istana Menipu !

hai :) hari ni adamoyu nak lepas kan geram sebab adamoyu kene tipu hidup hidup*bengang bengang ! haha. sebelum ni kan adamoyu ada buat satu entri pasal Penunggu Istana. cerita tu memang teramat sangat seram. tapi hari ni [ 3mei ] adamoyu dapat tahu bahawa cerita tu TIPU !

arghhhh !! kuang hajaq betui ! bengang rasa. bukan apa. punya lah semangat adamoyu cuak ! 2 3 hari fikir ke cerita tu. rupa rupa nya dusta belaka. ades ~

ape ? nak bukti cerita tu tipu ? okay. moh tengok sama sama.





okay. benda ni memang tak membuktikan yang cerita ni tipu. cuba tengok yang ni pulak. [ read more ]



dah baca ? haha. percaya tak ? tak percaya lagi ? okay ada lagi.


ni adalah facebook perempuan yang mati dalam cerita tu. dalam cerita tu pakai tudung. tapi dalam facebook tak pakai tudung. nampak sangat berlakon. tak cukup lagi. siap tunjuk agi gambar dia masa ' mati '. dengan ' darah darah '.


memang tak leyh blah. ok ni pulak facebook lelaki yang membunuh dan dibunuh !

Si Pembunuh merangkap orang yang kononnya hilang.

Si mangsa pembunuhan


ha sekarang percaya tak ? kalau tak percaya lagi tak tahu lah. bukti dah terang terang adamoyu tunjuk. tapi apa yang adamoyu nak bagi tahu kat sini, tak patut lah diorang menipu macam ni kalau nak bagi nampak real sekali pon. sampai buat ucapan takziah lagi masa ending. 

nak mati sangat ke sampai sanggup tengok diri sendiri menerima ucapan takziah sedangkan tuan empunya badan masih hidup ? *faham tak ? buat buat faham dah la. adamoyu punya lah cuak  tengok cerita tu hari tu. tup tup kene tipu. siapa tak marah macam ni. 

kepada yang dah tengok, mesti faham entri adamoyu ni. bagi yang belum tengok, kalo nak faham entri adamoyu ni, sila tengok. tapi jangan jadi macam adamoyu. bodo bodo kene tipu. bengang je rasa. adamoyu rasa sedikit terkilan lah sebab orang sanggup menipu untuk mendapat tempat di mata masyarakat.

p/s : semangat adamoyu screen shot gambar nak bagi korang percaya. maka dengan itu, sila percaya dengan ikhlas :D


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, April 27, 2011

5 Fakta Yang Mungkin Anda Tak Tahu !

hye :) hari ni adamoyu nak share sesuatu dengan korang semua. benda ni adamoyu dah dapat tahu lama dah. cuma baru je nak share dengan korang. ini adalah fakta ! 

Tepat, Padat, Menarik !
Selamat Mencuba :)





FAKTA 1 :
anda tidak dapat menyentuh kesemua gigi anda dengan lidah !










FAKTA 2 :
Lepas membaca fakta satu, semua orang bodoh akan mencubanya.










FAKTA 3 :
Fakta 1 tu tipu je !









FAKTA 4 :
anda rasa bengang sebab diperbodohkan.









FAKTA 5 :
anda mula rasa kelakar dan nak bodohkan kenakan orang lain jugak dengan meng'share' entri ni :P



P/s : Jangan marah :) terima kasih kerana mencuba. semoga terhibur :D




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, April 16, 2011

Apa ? Tak Buka Balik ?!

hye :) mesti korang semua pelik baca tajuk adamoyu en ? ape yang tak buka nya ? haha.. sebenarnya...


ha nampak tak ? sebenarnya. adamoyu terkejut sangat dengan berita yang adamoyu dengar : MRSM Bentong tak kan dibuka semula. adui. kenapa lah ek ? tu tempat adamoyu belajar sebelum tanah runtuh berlaku. haha :P memang famous lah sekejap masa tanah runtuh hari tu. siap masuk surat khabar lagi. haha. tak pasal pasal kene pindah Pekan. adoyai. baru je dah jatuh cinta dengan bentong. tetibe kene pindah. redha je lah.

ok dah melalut. kembali kepada topik asal. serius. adamoyu memang terkejut dengar berita tu. katanya msuk surat khabar. ntah lah. adamoyu tak baca surat khabar pon :P tak tau lah kenapa maktab tu tak nak dibuka semula. kalau korang semua perasan, dari dulu sampai sekarang, runtuhan tu tak dibaiki. 


entah kenapa adamoyu pon tak tau. katanya mara tak da duit bagai. entah betul tidak. dulu masa sebelum runtuh kita orang bahagia je duk kat sana. tup tup ada tanah runtuh. nasib baik berlaku masa cuti hujung tahun. maksudnya takde orang lah kat sana. bersyukur gila. kalo tak buka dah maknanya kami lah batch yang pertama dan yang terakhir *sedikit bangga haha.

tak kan lah mara nak runtuh kan. tak pon nak buat hiasan je kat tepi highway tu. ataupun jadikan tinggalan sejarah. atau pun nak jadikan hospital bahagia. ke nk tunggu tanah tu runtuh lagi. dah dah. banyak pulak andaian.

apa apa pon. adamoyu harap sangat sangat maktab ni akan dibuka semula. sebab serius maktab ni best. banyak tempat lepak lepak2. haha. kepada alumni maktab ni, sama sama lah kita doakan maktab kita ni dibuka semula :)




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, March 26, 2011

Apa Tu ' Earth Hour ' ?


hye :D bersempena earth hour merangkap hari lahir adamoyu [ tak de kena mengena langsung.. haha ] , adamoyu nak cerita sikit pasal earth hour.. apatu earth hour ? korang mesti tau punya.. kata budak internet.. tapi adamoyu nak cite jugak.. haha..


[ read more ]

ha nampak tak gambar kat atas tu ? ada dua.. satu terang satu gelap... nape ? tu la earth hour.. sebenar nya earth hour ni bermula kat sydney pada tahun 2007 bila 2.2 juta orang dan lebih 2000 buah syarikat menutup kesemua lampu dalam masa 1 jam bertujuan mengawal perubahan climate...

haha.. bagus kan ? speatutnya kita kene sokong benda ni untuk kebaikan kita bersama.. tengok pada tujuan dia pon dah bagus....ha, macam mana ? berminat tak nak join ? sejam je.. adamoyu berminat sebenarnya, tapi maklum lah adamoyu duk rumah mak ayah lagi. tak kan la tetibe je nak tutup lampu.. mau kene maki nanti.. haha..

ok kepada sesiapa yang nak join, earth hour ni akan bermula pada 8.30 malam ni... so, yang nak join tu tutup la lmpu korang sampai kul 9.30.. amacam ? ada berani ? haha.. k la.. jom tengok gambar negara yang join earth hour sebelum nie..


earth-hour-cn-tower.jpg



malaysia pon join la.. so, apa kata anda semua ? 


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed